Apa khabar?

Artikel ini sebenarnya bukanlah nak membuat review secara keseluruhan mengenai LibreOffice yang telahpun dilancarkan pada bulan lepas dan baru-baru ni versi kemaskinian (versi 4.0.1) juga boleh dimuat turun umum.

Apa yang paling menarik ialah LibreOffice Impress versi 4.0 boleh dikawal dengan menggunakan gajet Android untuk paparan seperti mesyuarat. Aplikasi ini bole dimuat turun pada laman Google Play dengan nama LibreOffice Impress Remote.

Bagi pengguna Ubuntu yang ingin menggunakan LibreOffice 4.0, anda boleh menambah PPA dengan menaip arahan dibawah ini

deb http://ppa.launchpad.net/libreoffice/libreoffice-4-0/ubuntu VERSI_UBUNTU main
deb-src http://ppa.launchpad.net/libreoffice/libreoffice-4-0/ubuntu  VERSI_UBUNTU main

* tukarkan  VERSI_UBUNTU dengan versi Ubuntu anda.

Selamat mencuba!