WordPress merupakan aplikasi penerbitan blog berasaskan berasaskan sumber terbuka dan dijana oleh PHP dan pangkalan data MySQL yang mana juga digunakan sebagai pengurusan kandungan. Ia mempunyai banyak fungsi termasuk carta alir kerja, senibina berasaskan plugin dan sistem tema. Ia digunakan lebih dari 2% laman web terkemuka, WordPress merupakan perisian blog paling popular.

WordPress telah dilancarkan pada Mei 2003 oleh Matt Mullenweg sebagai tambahan kepada b2/catalog. Pada September 2009, ia telahpun digunakan oleh 2002 juga laman web serata dunia.

Ciri-ciri utama WordPress

WordPress mempunyai sistem templat yang mengandungi widget di mana ia boleh disusun tanpa perlu ubahsuai kod PHP atau HTML. Kod PHP dan HTML didalam tema juga bole di edit untuk penyesuaian yang lebih dalam. WordPress juga mempunyai integrasi pengurusan pautan; struktur alamat pautan; kebolehan untuk meletakkannested, pelbagai kategori kepada artikel dan sokongan untuk tagging kepada artikel serta entri. WordPress juga menyokong Trackback dan Pingback untuk memaparkan pautan laman web lain yang dipaut kepada post entri atau artikel tersebut. WordPress juga mempunyai struktur plugin yang mana membolehkan pengguna dan pembangun melebarkan fungsi-fungsi sistem ini dengan begitu mudah tanpa mengubah asas pemasangan sistem ini.

Pelbagai tema sama ada komersil atau percuma boleh digunakan dengan begitu mudah. Hanya perlu pasang dan aktifkan; sama seperti konsep memasang plugin pada WordPress. Ini menjadikan WordPress sangat fleksibel dan senang diuruskan.