Untuk pengguna Virtualisasi KVM yang serius, “network bridging” merupakan satu konfigurasi yang amat penting. Ini kerana rangkaian virtual dapat dikongsi oleh semua mesin virtual sebagai rangkaian persendirian. Konfigurasi ini membolehkan setiap mesin virtual mempunyai alamat IP tersendiri, akses secara terus melalui SSH, VNC atau RDP, serta pengguna boleh melihat mesin virtual tersebut seperti mana-mana mesin fizikal lain.

Untuk CentOS 6, NetworkManager masih belum dapat menyokong “bridging”, jadi kita masih perlu menggunakan konfigurasi rangkaian asas untuk membina jambatan tersebut. Anda perlu meletakkan “NM_CONTROLLED=no” pada baris skrip yang dibina kelak.

Cara lain yang lebih mudah ialah dengan melumpuhkan terus NetworkManager

# chkconfig NetworkManager off
# chkconfig network on
# service NetworkManager stop
# service network start

Bina skrip rangkaian

Masuk pada direktori /etc/sysconfig/network-scripts dan bina 2 fail konfigurasi, biasanya fail pertama adalah “ifcfg-eth0″ yang tersedia secara lalai. Edit fail tersebut bagi memastikan rangkaian itu mengenal pasti jambatan yang dibina.

DEVICE=eth0
HWADDR=00:16:76:D6:C9:45
ONBOOT=yes
BRIDGE=br0
NM_CONTROLLED=no

Kemudian bina satu fail konfigurasi lain dan namakan ia dengan “ifcfg-br0″ sebagai jambatan kepada rangkaian fizikal tadi.

DEVICE=br0
TYPE=Bridge
BOOTPROTO=dhcp
ONBOOT=yes
DELAY=0
NM_CONTROLLED=no

Selepas itu restart rangkaian dengan arahan dibawah (atau reboot)

# service network restart

*Pastikan konfigurasi netfilter mempunyai arahan dibawah ( /etc/sysctl.conf )

net.bridge.bridge-nf-call-ip6tables = 0
net.bridge.bridge-nf-call-iptables = 0
net.bridge.bridge-nf-call-arptables = 0

Sekarang anda sudah mempunyai jambatan rangkaian secata virtual kepada rangkaian fizikal, dan setiap mesin virtual boleh mempunyai kebolehan yang hampir sama dengan rangkaian virtual.

Contoh “bridge-network” yang telah dikonfigurasi dengan paparan virt-manager.