Ramai bukan pengguna Linux menyatakan bahawa mereka tidak bertukar Linux kerana sukar memasang permainan yang mereka gemari serta tiada permainan yang menyeronokkan didalam Linux. Tetapi bagi peminat sebenar Linux pasti lebih tahu ada permainan komputer yang boleh dimainkan di dalam Linux cukup membuatkan kita leka malah mungkin menjadi ketagih. Salah satu permainan itu ialah Frozen Bubble 2 ( pautan: http://www.frozen-bubble.org/ ).
Permainan ini merupakan papan permainan yang dipenuhi dengan bebola pelbagai warna, dan tujuan utama ialah membuang bebola tersebut apabila mempunyai 3 warna yang sama atau lebih. Kadang kala, papan permainan ini bemula dengan lebih dari 3 warna bersama. Warna bagi bebola baru adalah rawak, dan memerluka strategi bagi menghapuskan semua bebola tersebut. Sebagai tambahan, anda boleh bermain melawan rakan anda menggunakan PC yang sama. Serta mengubah rekabentuk papan mengikut citarasa anda.
Cara memasang didalam Ubuntu:
Bagi pengguna Ubuntu, Repositori permainan ini telah tersedia dan anda hanya perlu memasangnya menggunakan Ubuntu Software Center. Cukup mudah bukan? Jadi, apa tunggu lagi, mari bermain!

June 29, 2010 at 11:23 am
wah..nak kena cuba jugak bila ada masa ni
etomyam recently posted..Ayam Dan Rakyat Malaysia
June 29, 2010 at 12:49 pm
@etomyam, cuba, jgn tak cuba
, 2-3 jam tu memang tak perasan punya.
June 29, 2010 at 2:18 pm
eh? frozen bubble dah jadi GPL ek?
TMUkmkd recently posted..Tema Tmublr Monotone Redesign
June 29, 2010 at 2:31 pm
@TMUkmkd, err… dah lama gak aku rasa. dah berpuluh2 jam masa tak berfaedah aku habes main game nih.. hahaha.
June 29, 2010 at 4:01 pm
akhir2 ni dah tak larat nak maen game… sibuk foruming + spamming je
June 29, 2010 at 4:46 pm
@Frantz-Senpai, haha, lebih elok tak main. kurang berfaedah jer sebenarnya main game nih
June 29, 2010 at 4:52 pm
@admin, huhu, tau pun kurang berfaedah. Tapi kadang2 maen la jugak sebab best kan… hehe
June 29, 2010 at 5:05 pm
@Frantz-Senpai, apa la ko frantz….hoho
syahrilhafiz recently posted..Aku dihentam oleh Senpai
June 29, 2010 at 5:03 pm
wow rasa macam nak download dulu..berat tak game nih…??
admin aku rasa ko punya entri asal mcam nih ” Ramai bukan pengguna Linux menyatakan bahawa mereka tidak bertukar Linux kerana sukar memasang permainak yang mereka gemari serta tiada permainan yang menyeronokkan didalam Linux. Tetapi bagi peminat sebenar Linux pasti lebih tahu ada permainan komputer yang boleh “..
hah baca elok2..tegur je..=)
syahrilhafiz recently posted..Aku dihentam oleh Senpai
June 29, 2010 at 5:28 pm
@syahrilhafiz, erk… wakaka. thanks la bro! typo error yang amat memalukan laks… huhuhu