Sumber Terbuka Dot Net

Kipas Susah Mati Sumber Terbuka

pfsense

Dinding Api a.k.a Firewall – pfSense

| 3 Comments

merupakan satu perisian berasaskan FreeBSD digunakan sebagai a.k.a (agak janggal sebutan dinding api jadiĀ firewall akan digunakan untuk entri ini). Perisian ini tidak hanya bertindak sebagai firewall malahan juga mempunyai fungsi yang hampir sama dengan perisian komersil dipasaran.

Sedikit senarai fungsi utama pfSense:

  1. Firewall
  2. NAT (Network Address Translation)
  3. Redundansi
  4. VPN
  5. Laporan / Graf
  6. Informasi data semasa
  7. DNS dinamik
  8. Pelayan DHCP

Kemampuan pfSense sebagai firewall bukan sahaja untuk pejabat kecil atau PC persendirian malah digunakan dalam organisasi yang besar, korporat, melindungi rangkaian komputer. Projek ini bermula pada tahun 2004 sebagai satu cabang dari projek m0n0wall, tetapi menjurus kepada pemasangan sepenuhnya didalam sesebuah PC berbanding fokus sebenar m0n0wall sebagai embedded hardware. pfsense juga mempunyai imej embedded tetapi itu bukanlah fokus utama pfSense

Beberapa siri tutorial akan dijelaskan disini dari pemasangan sehingga penggunaan pfSense. Selamat mencuba!

Artikel Berkaitan


avatar

Author: ST

Penggemar linux dan sumber terbuka disebabkan falsafah sumber terbuka sendiri yang menekankan kebebasan. Sentiasa menjadikan PC "crash" sehingga terpaksa format semula......

3 Comments

  1. Pingback: Cara mudah pemantauan pfSense dengan pakej Dashboard | Sumber Terbuka Dot Net

  2. avatar

    itu sebuah aplikasi ya? bukan distro seperti ipcop?
    faisal sani recently posted..memblokir situs dengan plugin url filter dan advance proxy di IPcop

Leave a Reply

Required fields are marked *.

*


CommentLuv badge

userping.com session tracker