Nama permainan in hampir sama pula dengan sistem operasi Google iaitu Chromium. Permainan Chromioum B.S.U ialah permainan tembak menembak secara menegak (vertical) seperti permainan arked yang biasa terdapat di pusat permainan atau hiburan keluarga. Ia telah direka sekitar tahun 2000 dan bercirikan era permulaan permainan komputer. Mungkin mereka yang pernah mengunjungi arked permainan video pada zaman remaja akan melihat permainan ini sebagai satu nostalgia.
Dalam permainan ini, anda merupakan kapten sebuah kapal kargo bernama Chromiun B.S.U. dan anda bertanggungjawab terhadap menghantar bekalan kepada kumpulan askar yang berada di barisah hadapan. Banyak halangan yang perlu ditempuhi, dan anda juga mempunyai penembak robot yang menjaga keselamatan kapal angakasa anda.
Tatacara memasang didalam Ubuntu adalah amat mudah kerana ia telahpun tersedia didalam repositori Ubuntu. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan melancarkan Ubuntu Software Center >> Games >> Arcade dan cari perisian bernama Chromium B.S.U. Cukup mudah!
Selamat mencuba!


July 28, 2010 at 9:36 am
nice game. dh lame xmen game tembak2 mcm ni. dlu time mde fmes r game2 cmni. hee
acapz recently posted..Bermain Snake Semasa Menonton Video Di Youtube
July 28, 2010 at 1:38 pm
@acapz, nostalgia tu beb..
July 28, 2010 at 1:03 pm
uik.. hanya ada di repo ubuntu.. klu guna distro lain?
July 28, 2010 at 1:37 pm
@MASOKIS, boleh jer distro lain. takde masalah