Ada satu aplikasi virtual yang menarik minat saya buat masa ini. Ia dipanggil OpenVZ, yang mana merupakan salah satu teknologi virtualizasi yang membolehkan pelayan virtual persendirian.
OpenVZ (Open VirtualiZation) ialah tahap virtualizasi pada paras sistem operasi berasaskan kernel Linux. OPenVZ membenarkan sesebuah pelayan fizikal melarikan beberapa sistem operasi secara serentak dalam persekitaran yang terasing.
OpenVZ dilesenkan dibawah GPL versi 2 dan di sokong serta di taja oleh syarikat bernama Parallels Inc. Syarikat ini tidak menawarkan sebarang sokongan komersil terhadap OpenVZ kerana mereka mempunyai perisian Virtuozzo Containers yang merupakan hak milik penuh Parallels.
Jika dibandingkan dengan teknologi virtualizasi yang lain, VMWare dan Xen adalah lebih fleksibel yang mana ia mampu membuat sistem operasi menjadi maya secara sepenuhnya. Tetapi OpenVZ bukanlah menghasilkan virtualizasi sepenuhnya, cuma satu bekas yang terpencil untuk semua sistem operasi didalamnya. Oleh kerana OpenVZ menggunakan satu patch kernel Linux, ia hanya mampu melarikan sistem operasi Linux sahaja. Ini merupakan kelemahan OpenVZ yang mana semua sistem operasi yang dimasukkan perlu mempunyai versi kernel yg sama…
Kelebihan pula, penempatan memori yang tidak digunakan boleh digunakan oleh sistem operasi lain atau cache cakera. OpenVZ juga menggunakan sistem fail mudah menjadikan ia merupakan satu direktori sahaja bagi setiap persekitarn OS virtual tersebut. Juga mesin maya yang tersedia boleh di klon dengan hanya membuat salinan fail sahaja.
Jika sesebuah organisasi sememangnya menggunakan Linux sebagai sebahagian struktur IT mereka, organisasi tersebut dapat menjimatkan kebergantungan kepada banyak perkakasan dan kurang ruang yang perlu. Ini juga membawa kepada penjimatan dalam kos operasi organisasi kerana kurang tenanga elektrik, perkakasan, malah penyelenggaraan minimum sahaja.
Untuk memasang OpenVZ, anda perlu sedikit pengetahuan mengenai virtualizasi serta CLI (Command Line Interface) dalam linux. Ini kerana OpenVZ tidak mempunyai sebarang antaramuka grafik untuk pemasangan dan konfigurasi sistem. Sebenaynya saya juga masih baru nak berjinak-jinak dengan OpenVZ. Jika ada kelapangan, mungkin saya akan cuba membincangkan lebih lanjut mengenai perisian OpenVZ ini..
Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh layari laman rasmi OpenVZ disini : http://wiki.openvz.org/Main_Page

