Ini merupakan satu tip ringkas bagi meningkatkan keselamatan pengguna Linux terutamanya Ubuntu. Bagi pengguna Ubuntu, UFW (Uncomplicated FireWall) telah didatangkan secara lalai pada sistem operasi tersebut selepas Ubuntu 8.04 LTS.

Kawalan dan cara guna UFW adalah berasaskan CLI (Command Line Interface) tetapi ini telah dipermudahkan dengan GUFW (Graphical interface for UFW). Pengguna boleh menambah peraturan tertentu untuk memastikan setiap aplikasi atau servis dapat berfungsi dengan sepatutnya mengikut keperluan.

Untuk memasang GUFW, ia telahpun tersedia dalam repositori lalai Ubuntu dan anda hanya perlu taipkan arahan dibawah ini untuk memasangnya:

sudo apt-get install gufw

atau menggunakan Ubuntu Sofware Center dengan carian “gufw”. Selamat mencuba.