Ajenti merupakan satu aplikasi berasaskan web digunakan sebagai pengurus kepada pelayan berasaskan Linux. Perisian ini berfungsi hampir sama dengan satu lagi sistem pengurusan pelayan yang dipanggil sebagai Webmin. Namun, dikatakan juga perisian ini lebih pantas berbanding dengan Webmin. Alat ini amat memudahkan sistem admin untuk membuat konfigurasi serta tugasan harian. Pembangun perisian ini telahpun menyediakan fail pemasangan pada kebanyakkan distro utama seperti Red Hat, Centos, Debian dan Ubuntu. Pemasangan pada FreeBSD juga telah tersedia tetapi ia masih dalam status experimen

Perisian ini membolehkan kita menyemak status pelayan seperti penggunaan CPU, memori, cakera keras serta pelbagai konfigurasi pelayan seperti dinding api, DNS, pelayan web, pangkalan data MySQL dan banyak lagi. Banyak plugin lalai telah dipasang bersama Ajenti tetapi jika anda mahu membuat tambahan kawalan, ada lagi plugin lain yang boleh dipasang pada aplikasi ini untuk memudahkan pengurusan pelayan anda.

Antaramuka Ajenti agak menarik dan lebih mudah. Untuk membuat navigasi antara pilihan yang ada cukup senang dan kebanyakkan butang mempunyai label serta ikon.

Oleh kerana kebanyakkan pelayan saya menggunakan sistem operasi Centos, berikut merupakan cara memasang Ajenti dalam distro Centos.(Pemasangan ini dilakukan pada Centos 6.4). Bagi Centos, Ajenti memerlukan repo EPEL tersedia sebelum pemasangan dilaksanakan.

wget http://dl.fedoraproject.org/pub/epel/6/x86_64/epel-release-6-8.noarch.rpm

wget http://repo.ajenti.org/ajenti-repo-1.0-1.noarch.rpm

rpm -Uvh ajenti-repo-1.0-1.noarch.rpm

yum install ajenti

jika ia tidak dilarikan secara lalai, anda perlu melarikannya dengan arahan di bawah

service ajenti start

Selepas itu, anda hanya perlu membuka pelayar internet dan buka pautan terhadap pelayan yg telah dipasang tadi

https://”alamat ip @ nama hos”:8000/

Kata laluan yang tersedia secara lalai ialah kata pengguna “root” dan kata kunci “admin”. Berikut merupakan screenshot am Ajenti yang telah saya pasang pada distro Centos (virtual).

Ajenti-Dashboard

Ajenti-Navigation

 

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut dan mungkin memuat turun untuk pelayan Linux, anda boleh layari laman web rasmi mereka seperti berikut : http://ajenti.org/

Selamat mencuba!