Laman  ini adalah sebagai dedikasi kepada peminat-peminat “kipas susah mati” sumber terbuka. Entri, artikel yang dipaparkan adalah berkaitan perisian sumber terbuka yang mana pengguna diluar sana sebenarnya mempunyai pilihan yang lebih banyak dalam memilih perisian mengikut keperluan.

Laman ini juga menekankan bahawa pengguna juga sepatutnya bebas dalam menggunakan serta memilih perisian sepertimana falsafah sumber terbuka itu sendiri. Melalui sumber terbuka juga, peminat serta pendukung prinsip ini saling berkongsi maklumat, idea serta ilmu baru bagi memajukan komuniti sumber terbuka itu sendiri. Jadi, kami sebagai salah satu kumpulan kecil kipas susah mati sumber terbuka membina blog ini sebagai meneruskan aspirasi komuniti ini.

Kita BEBAS untuk memilih.