Selalunya, bagi organisasi besar atau mereka yang amat mementingkan tahap internet yang pantas serta lebih mudah dikawal, penggunaan pelayan proxy boleh dikatakan satu kemestian. Untuk ubuntu, terutamanya pelayan yang tiada GUI, untuk kemaskini atau muat turun fail yang perlu, kita akan menggunakan apt-get atau wget. Konfigurasi pelayan Proxy perlu disediakan terlebih dahulu bagi memastikan kedua-dua aplikasi dapat akses kepada internet.

Untuk menyemak adakah sistem anda telahpun mempunyai konfigurasi proxy tersedia, taipkan arahan dibawah pada terminal

env | grep proxy

Jika tiada, kita perlu meletakkan pilihan di bawah ini pada fail apt.conf (ini adalah untuk apt-get)

sudo gedit /etc/apt/apt.conf

Acquire::http::Proxy “http://katanama:katalaluan@proxy:port”;
Acquire::https::Proxy “http://katanama:katalaluan@proxy:port”;
Acquire::ftp::Proxy “http://katanama:katalaluan@proxy:port”;

Untuk wget pula, kita perlu membuat tambahan pada fail wgetrc

sudo gedit /etc/wgetrc

https_proxy = http://katanama:katalaluan@proxy:port
http_proxy = http://katanama:katalaluan@proxy:port
ftp_proxy = http://katanama:katalaluan@proxy:port

Pastikan arahan penggunaan proksi tidak dikomen ‘use_proxy = on’

Selepas itu kita perlu reboot sistem tadi.
Perlu diingat, jika pelayan proksi tadi tidak mempunya kata laluan, arahan yang perlu hanyalah : http://proxy:port
Selamat Mencuba!