Webmin merupakan satu aplikasi web pengurusan pelayan untuk memudahkan tugas sistem admin. Sebelum ini saya ada menulis sedikit mengenai Ajenti dan rupa-rupanya artikel berkaitan Webmin tiada dalam blog. Mungkin sebab kemaskiniaan tema menyebabkan kehilangan banyak juga entri yang telah ditulis sebelum ini. Jadi, entri ini sekadar memperkenalkan serba sedikit mengenai webmin dan cara pemasangan pada pelayan Linux (di sini saya mengunakan Ubuntu server sebagai tapak untuk Webmin).

Webmin boleh dikatakan satu alternatif untuk mengurus pelayan berasaskan Linux tetapi aplikasi ini juga dibangunkan untuk sistem operasi Windows. Bagi sistem admin, untuk membuat pemerhatian pada sistem yang banyak agak meletihkan jika hanya bergantung kepada CLI dan keperluan untuk mendapat paparan grafik lebih mudah serta pantas. Webmin juga membolehkan pengurus sistem membuat pelbagai konfigurasi pada pelayan seperti DNS, Apache Web, perkongsian fail (Samba), pengurusan pengguna, LDAP dan banyak lagi. Kita juga boleh terus membaca fail log yang ada tanpa perlu log masuk ke dalam pelayan, semua ini dapat dilakukan dengan menggunakan pelayar web pada mana mana sistem operasi seperti Firefox, Chrome malah Internet Explorer.

Untuk memasang pada Ubuntu (contoh ini menggunakan Ubuntu 13.10), anda hanya perlu menaip arahan berikut ada terminal pelayan.

wget http://prdownloads.sourceforge.net/webadmin/webmin_1.660_all.deb

dpkg –install webmin_1.660_all.deb

kadang kala, pelayan berasaskan debian akan memberikan sedikit masalah ketika pemasangkan kerana tiada beberapa pakej yang diperlukan untuk melancarkan aplikasi ini. Ini dapat diselesaikan dengan menaip arahan berikut pada terminal

apt-get install perl libnet-ssleay-perl openssl libauthen-pam-perl libpam-runtime libio-pty-perl apt-show-versions python

*untuk Ubuntu, pastikan repositori Universe diaktifkan dengan edit fail /etc/apt/sources.list.

Itu sahaja dan aplikasi webmin tersedia pada pelayan Ubuntu. Satu lagi cara ialah dengan meletakkan repositori Webmin pada fail /etc/apt/sources.list tadi. Senarai repositori ini ada seperti berikut.

deb http://download.webmin.com/download/repository sarge contrib
deb http://webmin.mirror.somersettechsolutions.co.uk/repository sarge contrib

Kemudian, arahan ini untuk mendaftar kekunci GPG.

cd /root
wget http://www.webmin.com/jcameron-key.asc
apt-key add jcameron-key.asc

Kita boleh memasang Webmin lebih mudah dengan arahan berikut, jadi semua kebergantungan ini dapat diselesaikan secara automatik.

apt-get update
apt-get install webmin

Itu sahaja, anda boleh layari perisian ini dengan pautan terus kepada pelayan anda : https://”alamat ip@nama hos”:10000/

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perisian ini, boleh terus layari laman web rasmi mereka di http://www.webmin.com/

Webmin-Ubuntu

Selamat mencuba!