Bermula hari ini, Ubuntu versi terkini iaitu Ubuntu LTS 14.04 telahpun dilepaskan kepada umum. Dengan penambahbaikkan persekitaran desktop lalai Unity, grafik yang dipaparkan juga lebih menarik. Beberapa perkara kecil yang sebelum ini tiada seperti konfigurasi ‘launcer icon’ telah tersedia tanpa perlu memasang Compiz Config.

Walaupun tidak banyak perubahan ketara pada versi baru ini, agak berbaloi dengan kemaskinian untuk mendapatkan versi kernel yang lebih tinggi serta lain-lain aplikasi lalai terkini. Apa yang agak menghampakan ialah dengan tiadanya Ubuntu One pada versi ini kerana pengumuman baru-baru ini mengenai penutupan servis Ubuntu One.

Seperti biasa, untuk muat turun ISO Ubuntu 14.04 terkini, anda boleh layari laman web rasmi mereka dan muat turun imej yang tersedia. Selamat mencuba!