Dalam minggu lepas, Canonical telahpun membuat pengumuman rasmi bahawa Ubuntu telahpun mempunyai sokongan terhadap telefon pintar. Idea ini adalah bagi memudahkan Canonical untuk menawarkan satu sistem operasi yang sesuai untuk komputer, pelayan dan perkomputeran awan. Canonical juga menyatakan mereka telahpun membuat usahasama dengan HP, Lenovo, Dell dan Asus yang mana pengeluar perkakasan ini mungkin membina telefon pintar berasaskan Ubuntu.

Ubuntu-Smartphones

Sumber gambar : http://www.ubuntu.com/devices/phone

Ubuntu smartphone OS ini juga menggunakan pemacu yang sama dengan Android OS yang dihasilkan oleh Google. Berita baik buat pembangun perisian berasaskan Ubuntu, mereka boleh terus menggunakan kit pembangunan perisian Ubuntu untuk menghasilkan aplikasi biasa atau aplikasi berasaskan HTML5 yang boleh dilarikan pada desktop Ubuntu serta platform telefon pintar mereka.

Ini sememangnya memberikan persaingan kepada Android dan Apple iOS tetapi Firefox OS yang mana juga berasaskan kernel linux dan sumber terbuka bakal memberikan persaingan terhadap Ubuntu smarphone OS. Jadi sekarang, lebih banyak pilihan dipasaran kelak untuk bakal pengguna telefon pintar.

Yang mana satu anda akan pilih?