Walaupun tiada pengumuman rasmi mengenai Pear OS 8 telahpun dilepaskan kepada umum, banyak laman web telah membuat entri berkenaan Pear OS 8 dan rasanya ramai penggemar distro ini telahpun memuat turun kemaskinian terbaru ini. Pear OS 8 dilengkapi dengan grafik terbaru (dan dikatakan juga hampir menyamai iOS 7). Pear OS 8 ini juga dilengkapkan dengan aplikasi pra-pemasangan termasuk Pear Cloud, Clean My Pear 2, My Pear 6, termasuk 3,000 pakej tersedia dalam repositori perisian mereka.

Muat turun imej ISO distro ini agak besar berbanding distro lain yang mana ia bersaiz 1GB. Jadi bagi mereka yang mempunyai sambungan internet bersaiz kecil, mungkin terpaksa menunggu lebih lama atau pilihan lain adalah menggunakan protokol torrent sahaja. Lebih mudah dan selamat jika sambungan terputus.

Di bawah merupakan sedikit paparan snapshot bagi Pear OS terkini (versi hidup menggunakan VirtualBox).

Pear-OS-Login

 

Pear-OS-8-Welcome

 

Pear-OS-8

 

Pear-OS-Cloud

 

Pear-OS-My-Pear-6

 

Pear-OS-Clean-My-Pear

 

Selamat mencuba Pear OS 8 ini.