Apa yang boleh dinyatakan secara mudah ialah DenyHosts merupakan satu skrip sumber terbuka yang dilarikan dalam sistem opersi Linux untuk membantu menghalang serangan SSH terhadap Linux – ia lebih kepada serangan berasaskan kamus dan brute force. Buat masa ini versi terkini yang telah dilepaskan ialah v2.6.

Keperluan perkakasan adalah cukup rendah dan perisian DenyHosts tidak menggunakan ruang cakera yang besar. Jadi, anda tidak perlu risau aplikasi ini mengurangkan prestari sistem operasi yang tersedia malah sememangnya keselamatan menjadi keutamaan buat kita.

Kelebihan utama aplikasi ini ialah ia mempunyai data sinkronisasi terkumpul dari pengguna serata dunia. Ini membolehkan sebarang serangan terdahulu terhadap sistem Linux yang lain boleh di kongsi dan menghalang serangan-serangan yang sama terhadap mesin lain. Jadi, serangan tersebut telahpun terhalang sebelum ia sempat melakukan serangan kepada pengguna lain. Ini pasti merendahkan peluang serangan dari berjaya bukan?

Denyhosts telahpun tersedia dalam repositori Ubuntu. Untuk memasang pada Ubuntu, anda hanya perlu melarikan arahan dibawah menggunakan terminal

sudo apt-get install denyhosts

Denyhost akan terus beraksi selepas anda memasangnya tetapi ia perlu sedikit konfigurasi tambahan untuk meningkatkan keselamatan sistem anda. Ia bole dilakukan dengan edit /etc/dnyhosts.conf menggunakan editor kegemaran anda, setiap konfigurasi mempunyai komen yang mudah difahami untuk pengguna. Lakukan sedikit eksperimen anda sendri untuk melihat konfigurasi terbaik untuk sistem anda.

Secara amnya, Denyhosts merupakan satu alatan mudah dan kecil namun ia amat berguna kepada pengguna Linux yang rata-rata menggunakan SSH. Pemasangan yang pantas dan konfigurasi mudah, kita dapat meningkatkan keselamatan sistem operasi Linux.