Oleh kerana grafik Ubuntu terkini yang berasaskan Unity mementingkan keserdahanaan, banyak juga konfigurasi mikro tidak tersedia pada antaramuka konfiugurasi lalai. Jadi, jika kita ingin membuat perubahan mengikut citarasa yang diinginkan adalah agak leceh dan kadang kala perlu menggunakan terminal atau edit fail secara manual untuk membuat perincian yang diperlukan. Ada satu alat yang tersedia dalam repositori Ubuntu untuk membolehkan kita mengubah dan memilih konfigurasi yang kita mahukan dengan perisian dipanggil Tweak Tool. Perisian ini memberikan pilihan yang lebih banyak untuk kita dalam mengubah persekitaran desktop Ubuntu.

Cara untuk memasang Tweak Tool ini cukup mudah, apa yang perlu ialah melarikan arahan di bawah ini dalam terminal anda. (Pemasangan adalah berasaskan Ubuntu 13.04 dan ke atas).

sudo apt-get install unity-tweak-tool gnome-tweak-tool

Ada 2 perisian yang akan dipasang pada ubuntu anda selepas melancarkan arahan tersebut. Itu sahaja, dan anda boleh melarikan perisian tersebut pada terminal tadi dengan arahan gnome-tweak-tool atau  unity-tweak-tool.

Ubuntu-OS-Gnome-Tweak-Tool

Ubuntu-OS-Unity-Tweak-Tool

Selamat mencuba.