ipfire_tux_256x256IPFire merupakan satu perisian atau boleh juga dikatakan merupakan satu sistem operasi yang memberi fokus sebagai dinding api tetapi IPFire juga mampu untuk melarikan servis lain seperti pelayan proksi dan gerbang VPN. IPFire dibangunkan berasaskan sistem operasi Linux tetapi tidak bergantung pada mana-mana distro lain. Ini menjadikan pembangun IPFire boleh memilih variasi perisian yang paling sesuai dengan keperluan mereka dan tidak bergantung pada kitaran distro tertentu.

Buat masa ini, versi terkini IPFire ialah versi 2.13 yang menggunakan kernel linux versi 3.12 yang mana mempunyai sokongan terhadap Virtualisasi seperti KVM dan Virtualbox. Ini amat memudahkan sesiapa yang ingin memasang dan mencuba terlebih dahulu IPFire sebelum menggunakannya secara tetap.

Satu kelebihan utama IPFire ialah ia menggunakan sistem pemasangan dan kemaskinian mereka sendiri yang dipanggil Pacfire yang menjadi pengurus pakej untuk memudahkan tugas seliaan dan kawalan bagi memastikan IPFire mendapat tampalan sekuriti terkini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kelebihan serta fungsi IPFire, anda boleh layari laman web rasmi mereka di http://www.ipfire.org/ dan juga mereka mempunyai nod sembang mereka di irc.freenode.org bernama #ipfire . Seperti kebanyakkan aplikasi berasaskan sumber terbuka yang lain, IPFire boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma. Selamat mencuba.

Kredit imej : http://www.ipfire.org/