Cosumers Electronic Shows (CES) 2013 yang sedang berlangsung dari 8 Januari 2013 hingga 11 Januari 2013 yang bertermpat di Las Vegas merupakan satu acara memperkenalkans peranti serta gajet terkini untuk pengguna.

Bertambah banyak rekaan untuk pengguna yang dihasilkan berintegrasi dengan sistem operasi Android. Contoh yang menarik dalam pameran tersebut adalah periuk nasi yang dikeluarkan oleh Panasonic yang mana mempunyai sistem operasi berasaskan Android. Pengguna boleh mengawal bagaimana sela masa, jenis nasi yang dimasak serta pelbagai variasi masakan dengan kawalan jauh menggunakan telepon pintar Android. Tambahan dari itu, periuk nasi ini juga boleh disambung dengan pelayan awan Panasonic untuk muat turun resepi yang ada pada rangkaian awan tersebut. Memasak bertambah mudah dengan Android bukan?

panasonic_rice_cooker_android

Sumber imej : http://panasonic.jp/cooking/