Rasanya ramai yang sudah mengetahui mengenai servis Ubuntu One yang mana merupakan satu servis storan awan yang dilancarkan oleh Ubuntu. Storan awan ini memberikan kapasiti sebanyak 5GB secara percuma kepada meraka yang mendaftar. Tujuan utama servis Ubuntu One adalah sebagai satu platform sokongan kewangan untuk pembangunan sistem operasi Ubuntu.

Ubuntu One juga telah tersedia sokongan untuk pelabagai sistem operasi termasuk Apple Mac OSX, iPhone dan iPad, Microsoft Windows serta sistem operasi telefon pintar Android. Jadi, pengguna tidak perlu risau dengan adanya sokongan terhadap pelbagai platform, storan data boleh dicapai dengan mudah dan pantas menggunakan pelbagai peranti anda. Data yang ada juga mampu sinkronasi dengan mudah antara gajet tanpa perlu sebarang konfigurasi yang remeh.

Antara storan awan yang cukup dikenali di Malaysia adalah Dropbox dan juga Box.net. tetapi tak salah jika kita ada lebih dari satu servis awan bukan? Lebih lagi satu servis yang percuma.

Ubuntu_One

Untuk mendaftar cukup mudah, anda hanya perlu mengisi beberapa informasi yang perlu dan terus boleh menggunakan storan awan Ubuntu One. Anda bolehlah klik pada pautan yang disediakan ini -> Daftar Ubuntu One DISINI