Ok, kebanyakkan pengguna masih menggunakan sistem operasi serta perkakakasan yang agak lama mungkin sukar untuk menaiktaraf dan kemaskini sistem sedia ada disebabkan pelbagai kekangan. Ini seperti sistem operasi tersebut sudah tidak ada tampalan terbaru malah sukar untuk menjumpai alat ganti untuk perkakasan sedia ada.

Pilihan yang ada ialah untuk menukar keseluruhan sistem tersebut dengan perkakas baru dan juga sistem operasi baru. Satu contoh yang saya gunakan disini ialah membuat migrasi antara Fedora 12 yang sememangnya sudah ketinggalan dengan CentOS 5.6. Perlu diingatkan, kita amat perlu membuat sandaran terlebih dahulu terhadap sistem yang ada bagi memastikan sistem dapat dikembalikan jika ada sebarang masalah ketika membuat migrasi kelak.

Jika sudah bersedia, apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu ialah dengan log masuk ke dalam sistem lama (Fedora 12)

Buat satu direktori khas

# mkdir /root/penggunabaru.bak

# cp /etc/passwd /etc/shadow /etc/group /etc/gshadow /root/penggunabaru.bak

# cd /root/penggunabaru.bak

# mv passwd passwd.mig

# mv group group.mig

# mv shadow shadow.mig

(kebiasannya arahan ini tidak perlu)

# cp /etc/gshadow /root/penggunabaru.bak/

# mv gshadow gshadow.mig

Kemudian, padam entri dari entri pertama (root) sehingga userID 500 untuk ketiga-tiga fail tadi. Sekarang pindahkan keseluruhan direktori penggunabaru.bak menggunakan kemahuan anda. Mungkin rsync atau scp malah storan usb, ia tidak menjadi masalah.

Sekarang log masuk kepada sistem baru (Centos 5.6). Seperti biasa, buat sandaran terhadap pengguna sedia ada.

# mkdir /root/penggunakini.bak

# cp /etc/passwd /etc/shadow /etc/group /etc/gshadow /root/penggunakini.bak

Akhir sekali, anda boleh buat restorasi pengguna lama kepada pengguna sedia ada. Buka direktori yang terah di salin tadi. Anda boleh menggunakan nama yang anda inginkan terhadap *failsalinan*

# cd /*failsalinan*/penggunabaru.bak

# cat passwd.mig >> /etc/passwd

# cat group.mig >> /etc/group

# cat shadow.mig >> /etc/shadow

Itu sahaja, semua pengguna lama telahpun dipindahkan ke dalam sistem pelayan yang baru.