maria-db

MariaDB boleh dikatakan sebagai satu pangkalan data yang dibangunkan sebagai “fork” kepada MySQL. Komuniti MariaDB menyatakan bahawa perisian mereka lebih terbuka berbanding MySQL mungkin disebabkan MySQL sendiri telahpun diambil alih oleh Oracle Inc dan sebagai satu langkah pemasaran kepada pelanggan dan juga pembangun MariaDB.

MariaDB terhasil atas cetusan pembangun asal MySQL yang mana prihatin terhadap pembelian serta hala tuju pangkalan data tersebut. Buat masa ini MariaDB menggunakan versi yang sama dengan MySQL seperti jika satu versi 5.5 digunakan, fungsi dan kebolehan kedua-dua pangkalan data adalah sama sahaja. Ini bermakna apa-apa sambungan terhadap pangkalan data, fungsi, data perpustakaan serta aplikasi yang menggunakan MySQL boleh menggunakan MariaDB tanpa sebarang masalah.

Apa yang lebih menarik, banyak distro utama Linux juga bakal mengunakan MariaDB sebagai pemasangan lalai dalam sistem operasi mereka menggantikan MySQL. Juga ada khabar mengatakan Google juga akan menggunakan MariaDB menggantikan MySQL sebagai pangkalan data utama mereka.