Ini merupakan cara mudah untuk membolehkan kita akses ke dalam windows jika terlupa kata laluan dengan Ubuntu LiveCD. Aplikasi yang digunakan dipanggil “chntpw”. Sediakan Ubuntu LiveCD untuk memastikan kita boleh boot secara terus menggunakan CD.

Pastikan PC anda telah diset untuk boot menggunakan CD pada tatacara BIOS. Kemudian boot menggunakan cd Ubuntu tadi.

Setelah proses boot siap, buka terminal dan taipkan arahan dibawah

$ sudo apt-get install chntpw

Setelah itu, mount partisi windows anda dan kebiasaannya ialah /dev/sda1. Jika tidak pasti, taipkan arahan fdisk -lu untuk memastikan partisi mana yang betul. Kemudian taipkan arahan dibawah

$ sudo mount /dev/sda1 /mnt

*/dev/sda1/ ialah contoh disini.

Cari fail SAM yang berada didalam partisi Windows. Pada kebiasaannya ia berada di Windows/System32/config. Larikan chntpw pada fail SAM tersebut.

$ cd /mnt/Windows/System32/config – menyenaraikan semua pengguna Windows $ chntpw -l SAM – kemaskinian kata laluan pengguna $ chntpw -i SAM

Ikut arahan seterusnya dan anda boleh membuang kata laluan untuk admin atau pengguna lain yang diperlukan.

Simpan semua perubahan dan restart. Sekarang anda boleh akses Windows dengan menggunakan akaun admin.

*TIPS INI HANYA UNTUK PC ANDA ATAU KEBENARAN TELAH DIBERIKAN KEPADA ANDA OLEH PEMILIK PC SAHAJA!!!