Salam kepada semua,
Pejam celik tanpa disedari kita telahpun menempuh satu tahun lagi dengan pelbagai cerita suka duka, pelbagai pengalaman peribadi yang memang tidak dapat dilupakan sehingga akhir hayat. Walau bagaimanapun, yang pasti semua perkara tersebut bakal menjadi pengajaran yang amat berharga untuk kita menempuh tahun mendatang.
Blog ini juga tidak kurang dengan banyak rintangan yang terpaksa ditempuh hingga menyebabkan ia tidak dapat dikemaskini dengan sebaik mungkin. Sempena tahun baru dengan semangat baru, saya mempunyai azam agar blog ini dapat menjadi satu tempat singgahan yang mampu membantu pembaca untuk mendapatkan maklumat serta ilmu berkaitan dengan Linux, aplikasi serta sumber terbuka itu sendiri secara amnya.
Beberapa pelan yang dirancang untuk blog ini pada tahun 2010 tidak berapa menjadi tetapi dengan kehadiran tahun baru 2011, saya ingin mencuba sekali lagi untuk menjadikan pelan tersebut berjaya dilaksanakan. Tahun 2010 (tahun lepas) menjadi satu perjalanan yang agak sibuk buat saya dan terlalu banyak perkara yang menjadi keutamaan. Rasanya, blog pun tidak begitu konsisten kerana pasang surut entri yang ditulis. Dalam tahun 2010 sahaja, saya terpaksa menyelesaikan urusan pindah rumah, tiga kali bertukar kerja (hampir-hampir menjadi empat kali), kesihatan yang sering terganggu (cuaca yang tak menentu buat saya sentiasa terkena selsema) malah terlibat dengan kemalangan kecil.
Tapi apa yang menarik penghujung tahun 2010 ialah kemenangan Malaysia menjuarai piala Suzuki. Dan ini sedikit sebanyak menyuntik semangat saya untuk teruskan dengan rancangan yang tertangguh sebelum ini. Sudah lama saya tidak melihat perlawanan bola sepak, terutamanya Malaysia kerana kecewa dengan persembahan dan mutu permainan di Malaysia itu sendiri. Dengan kemenangan ini, saya memang berharap agar bolasepak Malaysia dapat meningkat dan mungkin membolehkan Malaysia layak memasuki Piala Dunia kelak. Semuanya mungkin bukan?
Jadi dengan kehadiran 2011, segalanya mungkin. Banyak peluang baru terbentang luas di depan mata. Apa yang perlu hanyalah sedikit usaha untuk menjadi orang yang berjaya mendapat apa yang dimahukan.
Seperti biasa, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011 kepada semua pembaca dengan harapan agar kita semua beroleh kejayaan yag lebih cemerlang kelak!
Nota: Â Janganlah semata-mata kerana ingin menyambut tahun baru, melakukan perkara yang tidak senonoh dan maksiat. Dan janganlah menjadi salah satu statistik projek buang bayi…


January 1, 2011 at 12:41 pm
terima kasih untuk tutorial dan informasi sepanjang tahun 2010.
Selamat tahun baru.
RozaniGhani recently posted..Azam Baru RG 2011
January 3, 2011 at 8:48 am
@RozaniGhani, Selamat tahun baru bro
January 1, 2011 at 12:49 pm
diantara blog sumber terbuka yang terbaik untuk dijadikan rujukan… semoga terus sukses bro…
zik recently posted..Mereka yang sempoi disember 2010!!
January 3, 2011 at 8:48 am
@zik, hehe… thanks.
January 1, 2011 at 1:50 pm
selamat tahun baru untuk bro
etomyam recently posted..Review Disember 2010- Selamat Datang 2011
January 3, 2011 at 8:58 am
@etomyam, sama untuk bro gak
January 1, 2011 at 3:12 pm
Selamat tahun baru 2011 bro
wazy recently posted..Seorang Yang Berjaya – Seorang Yang Gagal
January 3, 2011 at 8:58 am
@wazy, selamt tahun baru bro
January 1, 2011 at 8:19 pm
selamat tahun baru, semoga di tahun baru ini akan diisi dengan lebih banyak tutorial yang menarik untuk dikongsikan, ada tak potplayer tuk ubuntu? hehe
Mohd Isa recently posted..Kemeriahan Tahun Baru di Twitter
January 3, 2011 at 8:59 am
@Mohd Isa, rasanya cam takde la bro…
January 2, 2011 at 5:51 am
Bro, nak request boleh?
Letak direktori blogroll kat page depan. Kalu wat dalam tab tu, macam tak berapa perasan lah. Saya pun baru perasan hari ni.
Naisophon X recently posted..Donald Trump dan Syed Al-Bukhary
January 3, 2011 at 9:00 am
@Naisophon X, err… sebenarnya memang tak letak kat page depan sebab taknak bagi slow loading…
January 2, 2011 at 12:43 pm
moga tahun ni ada lagi byk tutorial yg bermanfaat.
ps: ni copy paste sapa punya entry. hehehe
Affan recently posted..Terima kasih
January 3, 2011 at 9:01 am
@Affan, haha… copy paste dari ramai org tu…
January 2, 2011 at 9:44 pm
selamat tahun baru 2011 bro semoga kehadiran 2011 akan lebih bermakna…
January 3, 2011 at 9:02 am
@mancai, bro gak… semoga tahun neh lebih gempak
January 2, 2011 at 11:24 pm
wah, sumber terbuka mula variety entri nampak gaya..haha
bagus2..
syahrilhafiz recently posted..Review – Prestasi SyahrilHafizcom Bulan Dis 10
January 3, 2011 at 9:03 am
@syahrilhafiz, haha… sekali sekala bro.
January 6, 2011 at 9:23 pm
Selamat Tahun baru 2011
semoga tahun 2011 ini memberi kita lebih baik dari segi rezeki, kesihatan, kebahagiaan, kerjaya, keluarga dan segala aspek kehidupan. Aminnn…
Aku sgt suka blog mcm ni sbb aku pun tgh belajar sistem berasaskan sumber terbuka. Semoga tuan punya blog meneruskan blogging dgn post2 yg menarik. I really support this blog… keep up blogging bebeh…
aktechpage.com recently posted..Sejuta Penghargaan Kepada Top 10 Pengkomen 2010
Pingback: Projek baru dari Sumber Terbuka Dot Net | Sumber Terbuka Dot Net