Apa khabar semua?
Kami berharap anda masih setia dan tidak jemu berkunjung ke laman blog ini. Dalam beberapa hari ini tiada sebarang kemaskinian yang dapat dilakukan untuk Sumber Terbuka Dot Net kerana ada beberapa tugasan luar talian dan juga sedikit pelan untuk blog ini.
Antara pelan yang dimaksudkan ialah:
1) Lebih banyak entri berkaitan tutorial dan kami akan fokus kepada beberapa aplikasi sahaja agar kami dapat lebih fokus untuk menulis artikel tersebut.
2) Penumpuan artikel terhadap sistem operasi Ubuntu / Debian dan Fedora / Centos kerana kami tidak mahu pembaca newbie keliru dengan sistem operasi yang wujud dalam dunia Linux dan sumber terbuka secara amnya. Walaupun begitu, entri kecil dan berita semasa berkaitan distro lain juga dimuatkan dalam blog ini.
3) Membuka ruang perbincangan mengenai BackTrack dan pfSense dalam Komuniti Sumber Terbuka sedikit masa lagi. Cadangan kami ruang pebincangan ini adalah secara tertutup dan hanya ahli komuniti sahaja yang mempunyai akses terhadap ruang perbincangan tersebut.
4) ……
Semua pelan ini masih berada pada fasa awal lagi dan kami sememangnya ingin mendapatkan idea serta maklum balas dari anda semua. Jika anda mempunyai sebarang cadangan dan pandangan, bolehlah isikan pada ruangan komen dibawah.
Terima kasih diucapkan kepada anda semua!


September 23, 2010 at 8:57 pm
steady, semoga semua yangdirancang dipermudahkan
etomyam recently posted..Bila Kim Kardashian Nak kawan Dengan Etomyam
September 27, 2010 at 10:44 am
@etomyam, harap2 lah, takut hangat2 jer nih
September 24, 2010 at 3:24 pm
wah draft perancangan yang menarik nie bro…. aku pun ada buat gak.. tapi berapa nak sempat nak buat…. hehe
zik recently posted..Doa pagi- zikir diwaktu pagi dan petang
September 27, 2010 at 10:45 am
@zik, huhu.. samalah kita
September 25, 2010 at 4:01 pm
kemas2..
backtrck dalam forum erk..
nantikan…
syahrilhafiz recently posted..WiFi Public Tak Selamat
September 27, 2010 at 10:50 am
@syahrilhafiz, itu rancangan jer baru.. harap ada masalah nak buat nanti
September 25, 2010 at 10:48 pm
Suka tengok logo tu.
Dulu kau cakap nak wat tutorial baru pasal script-flu pasal default GIMP tak boleh buat tulisan tenggelam macam ni. Kat dalam video cara buat logo atas pun takdak tulis juga.
hehehehe bila nak buat?
September 27, 2010 at 10:51 am
@Sophon, wakaka… sowy la bro… ko punya pasal, aku dah buat dah
http://sumberterbuka.net/perisian/memasang-script-fu-dalam-gimp/
September 28, 2010 at 11:03 pm
camna nak jadi komuniti backtrack tu?
ps: suka fedora, tapi susah sgt nak install antivirus utk samba… sekarang guna ubuntu jer..
September 29, 2010 at 8:55 am
@sufian, belum bukak lagi, cuma register kat komuniti (forum) jer. nanti den buat pengumuman laen.
nak pasang ClamAV ker? leh gak nanti buat entri neh (bila ada masa terluang ya)