Sumber Terbuka Dot Net

Kipas Susah Mati Sumber Terbuka

Contoh ST

Salam Ramadhan

| 17 Comments

Salam kepada semua.

Hari ini bermulalah dan seluruh umat Islam melakukan Rukun Islam ketiga iaitu berpuasa pada bulan . Di kesempatan ini juga pihak Dot Net ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada semua pengunjung blog ini dan diharapkan kita semua mendapat barakah di bulan yang mulia ini. Seperti kebiasaan setiap tahun, orang ramai memenuhi masjid serta surau untuk melakukan sembahyang sunat Tarawikh dan bertadarus Al-Quran. Dan banyaklah juga tapak-tapak bazaar Ramadhan yang menyediakan pelbagai juadah berbuka puasa yang pasti amat membuka selera. Hotel serta restoran terkemuka juga tidak kalah dengan promosi berbuka puasa dengan pelbagai menu masakan dan senarai harga yang sukar untuk ditolak.

Kami sekadar ingin berkongsi pesanan buat diri kami dan anda semua agar bersederhana dalam membeli juadah berbuka agar tidak mengikut keinginan nafsu semata. Ini tidak lain dapat menjimatkan belanja seharian serta mengelakkan pembaziran yang mana kita semua sedia maklum membazir itu amalan syaitan. Tentu kita semua tidak mahu ibadah puasa yang dilakukan  hanya memberikan kita lapar dan dahaga sahaja akibat dari perkara yang kita anggap kecil.

Diharap anda semua dapat menjalankan ibadah puasa dengan jayanya serta beroleh keberkatan yang berkekalan. Wassalam.

Nota 1: Sumber Terbuka Dot Net akan kurang aktif pada bulan Ramadhan ini untuk lebih menumpukan masa kepada aktiviti “offline”.

Artikel Berkaitan


avatar

Author: ST

Penggemar linux dan sumber terbuka disebabkan falsafah sumber terbuka sendiri yang menekankan kebebasan. Sentiasa menjadikan PC "crash" sehingga terpaksa format semula......

17 Comments

  1. avatar

    salam dans elamat berpuasa untuk bro…semoga sentiasa sihat
    etomyam recently posted..Pesan Anak Di Malam Ramadan

  2. avatar

    selamat menjalani ibadah puasa bro…

  3. avatar

    selamat berpuasa dan menyambut ramadan untuk bro juga.. moga tahun ini lebih baik..
    Azuan recently posted..Plugin Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 2010

  4. avatar

    selamat berpuasa bro..
    aktiviti offline tu buat apa..
    g tadarus ker???hehe
    syahrilhafiz recently posted..Jom Lepak -Lepak

  5. avatar

    selamat berpuasa jgk bro. jarang update ek pasni. huhu. aku pon same kowt. bz ngn klas actually. aiyo. haha.
    acapz recently posted..Salam Ramadhan – Widget Dan Perisian

  6. avatar

    selamat berpuasa bro.. mintak maaf kalau ada salah dan silap… aku pun kurang gak nie… lepas terawikh baru bole..sikit2… tapi kena tengok masa gak…
    zik recently posted..3 jenis tahap puasa

  7. avatar

    salam ramadhan gak buat empunya blog. ;)

Leave a Reply

Required fields are marked *.

*


CommentLuv badge

userping.com session tracker