Sumber Terbuka Dot Net ingin memperkenalkan laman forum komuniti kepada pengunjung blog ini. Laman Forum ini dibangunkan dengan menggunakan sistem forum PunBB yang mana juga merupakan satu aplikasi berasaskan sumber terbuka itu sendiri. Untuk melayari laman forum ini, pengunjung boleh klik pada pautan DISINI atau dengan label “Komuniti” pada menu utama blog ini.
Link : http://komuniti.sumberterbuka.net/register.html
Kenapa ada forum komuniti?
Matlamat kami dalam memperkenalkan sumber terbuka ialah berkongsi ilmu serta maklumat diantara pengunjung dan juga pihak kami. Dengan adanya papan forum, pembaca boleh berkongsi ilmu pengetahuan, berita semasa malahan bertanya kepada komuniti ini untuk sebarang kemusykilan berkaitan sumber terbuka. Ahli-ahli komuniti boleh mengadakan pelbagai bentuk perbincangan dalam mencari penyelesaian sesuatu masalah yang boleh dikongsi secara umum.
Berteraskan falsafah sumber terbuka itu sendiri, kekuatan sumber terbuka adalah dari sumbangan dan sokongan komuniti tersebut yang menjadikan ia terus berkembang. Jadi blog ini juga amat memerlukan anda agar ia terus bertahan dan dapat membantu penyebarkan usaha-usaha semua komuniti sumber terbuka khususnya di Malaysia juga di seluruh dunia. Terima kasih atas sokongan anda semua!



July 24, 2010 at 8:56 am
huh aku sekarang ni kurang masuk mana2 forum la huhu bergerak guna blog sendiri je.
TMUkmkd recently posted..IBM DB2 Terbang Ke Awan Bersama Ubuntu
July 24, 2010 at 9:10 am
@TMUkmkd, ok sangat tu ada blog sendiri
, sharing is caring.
July 24, 2010 at 12:58 pm
@admin, tapi kadang2 terpaksa jenguk forum gak kalau ada masalah :p
TMUkmkd recently posted..Dell UK Buang Ubuntu Dari Laman
July 24, 2010 at 10:22 am
aku akan support….
July 26, 2010 at 9:02 am
@zik, thanks
July 24, 2010 at 1:08 pm
wow. ada forum sndiri. caya la. aku try sebar kt fb. tq anyways
acapz recently posted..Menukarkan Video Youtube Kepada Animation GIF
July 26, 2010 at 9:03 am
@acapz, tengkiu
, lebih ramai lebih meriah kan.
July 25, 2010 at 12:26 am
sy akan turut serta..yeah!!
syahrilhafiz recently posted..Tutorial Dual Boot Tapi Windows Tak Boleh Masuk
July 25, 2010 at 1:06 pm
@syahrilhafiz, bru nk invite ko bro.de linux. haha. ur fav
acapz recently posted..Laman Anime Terbesar OneMangga Kini Ditutup
July 26, 2010 at 10:48 am
@acapz,
kui3..
aku dah masuk..jumpa sana erk..haha
July 26, 2010 at 9:04 am
@syahrilhafiz, bagus, bolehlah kita share informasi nanti
July 26, 2010 at 10:50 am
@admin, bereh admin..hehe..
July 25, 2010 at 1:34 am
you’re listed http://sufian.info/tukar-links/
sufian recently posted..Kaitan Processor- Front Side Bus- Clock Speed
July 26, 2010 at 9:02 am
@sufian, thanks a lot
August 4, 2010 at 4:26 pm
terima kasih bro… menarik ni
August 5, 2010 at 9:25 am
@mancai, sesama & thanks sebab join gaks