Sumber Terbuka Dot Net

Kipas Susah Mati Sumber Terbuka

opensource_logo

Anda Sebenarnya Pengguna Sumber Terbuka Tegar!

| 19 Comments

Betul ke anda pengguna ?

Mana ada… aku tak penah sentuh benda open dan free nih. Tak class gitu…..

Mungkin ada orang yang akan jawab begitu atau mungkin tidak. Tapi kita perlu tahu bahawa anda sememangnya pengguna sumber terbuka sama ada anda sedari atau tidak.

1) Google

Google merupakan satu nama yang memang tak asing lagi pada kita semua. Erm.. mungkin bukan kita semua sebab saya tiada statistik yang menyatakan perkara tersebut. Tapi, jika pengguna internet secara ammnya akan menggunakan sinonim menggoole atau googling malah ada yang bertanya semula kepada persoalan tertentu seperti – Dah google belum? atau – Baik google dulu sebelum tanya.

Pengaruh google sememangya tak dapat dinafikan lagi dan seperti yang saya katakan mungkin anda bukan pengguna Google

2) Twitter dan Facebook

Ramai yang mengenali apa itu Twitter dan Facebook. Laman sosial Twitter dan Facebook juga menggunakan sumber terbuka untuk melarikan mereka. Dengan menggunakan pelayan web berasaskan sumber terbuka, Twitter dan Facebook dapat memberikan pengalaman komunikasi sosial secara maya dengan cukup menarik serta mengubah cara kita semua berkomunikasi.

3) WordPress, Joomla dan Drupal

Sekali lagi, mungkin anda tidak pernah menggunakan aplikasi yang dinyatakan diatas. Tapi berjuta-juta lama web yang dibangunkan menggunakan Joomla dan Drupal serta blog platform yang mana dijana oleh WordPress.

Mungkin anda tidak menggunakannya tapi adakah anda tidak melayari walau salah satu darinya setiap hari?

4) Apache HTTP Server

Apache merupakan satu server web yang dibangukan dan dikemaskini oleh para pembangun sumber terbuka dibawah Apache Software Foundation. Majoriti pelayan web yang menggunakan Apache juga menggunakan sebagai sistem operasinya.

err…. lebih baik anda tengok sendiri statistik yang dipaparkan dari pautan dibawah

http://news.netcraft.com/archives/2010/07/16/july-2010-web-server-survey-16.html

5) Firefox dan Chromium

Firefox yang dibangukan oleh Mozilla Foundation merupakan satu pelayar web berasaskan sumber terbuka dan ia juga adalah percuma. Manakala Chromium pula dibangunkan berasaskan kod serta enjin JavaScript V8 Google Chrome yang mana menjadikan ia juga satu projek sumber terbuka.

Buat masa ini Firefox merupakan pelayar web yang kedua tertinggi digunakan untuk melayari web.

http://en.wikipedia.org/wiki/Usage_share_of_web_browsers

6) Sistem Operasi Linux

I tak guna Linux nih.. tak reti dan huduh youuu…

Ada aku kesah? Server yang sedang dijana menggunakan Linux menjangkau lebih dari separuh server seluruh dunia. Dan mainframe pula sekitar 90 peratus penggunaaannya.

http://en.wikipedia.org/wiki/Usage_share_of_operating_systems

Sebenarnya banyak lagi aplikasi lain yang sedang dijana oleh komuniti sumber terbuka seperti Andriod yang dibangunkan berasaskan Linux untuk perkakasan bergerak. Cuma, kita perlu sedikit sebanyak sedar yang mana kita sedang menggunakan sumber terbuka tanpa disedari…

Anda juga mungkin bukan pengguna walau salah satu dari servis atau aplikasi yang dinyatakan.

Nota:  Ada orang cakap aku selalu buat entri budak-budak….. ada ke patut? Entri ni tahap dewasa pulak. Kita tengok berapa ramai yang berfikir pula seperti dewasa… wakaka

Pautan rujukan:

http://www.socialmedianews.com.au/wordpress-user-statistics/
http://trends.builtwith.com/cms/Drupal
http://w3techs.com/technologies/details/cm-joomla/all/all
http://content.dell.com/us/en/gen/d/large-business/google-data-center.aspx?dgc=SM&cid=57468&lid=1491495
http://en.wikipedia.org/wiki/Google_Web_Server
http://en.wikipedia.org/wiki/Google_platform
http://www.makeuseof.com/tag/facebook-work-nuts-bolts-technology-explained/
http://en.wikipedia.org/wiki/Mongrel_(web_server)
http://twitter.com/about/opensource

Artikel Berkaitan


avatar

Author: ST

Penggemar linux dan sumber terbuka disebabkan falsafah sumber terbuka sendiri yang menekankan kebebasan. Sentiasa menjadikan PC "crash" sehingga terpaksa format semula......

19 Comments

  1. avatar

    Freeware / servis percuma termasuk dalam sumber terbuka ke?
    Naisophon X recently posted..Donald Trump dan Syed Al-Bukhary

  2. avatar

    Freeware / servis percuma termasuk dalam sumber terbuka ke?
    eg : Google, Yahoo.. etc..

    Baru tau arini.
    Naisophon X recently posted..Donald Trump dan Syed Al-Bukhary

  3. avatar

    yeah!! aku suka entri ni..ahaha
    perli tu kot! ;)
    syahrilhafiz recently posted..Tolong klik iklan tu!!!

  4. avatar

    memang luas dan meluas…

  5. avatar

    Government pun skrg sedang menekankan penggunaan teknologi sumber terbuka dlm projek2 ICT government.

    Byk info menarik dlm post ini. Thx
    aktechpage.com recently posted..Sejuta Penghargaan Kepada Top 10 Pengkomen 2010

  6. avatar

    hoho, siapakah gerangan yg mengatakan ko tulis entri budak2 ni? haha…
    Mohd Isa recently posted..Teruja Dengan Daum PotPlayer!

  7. avatar

    sedar x sedar je la
    kita gunakan juga sumber terbuka ni
    terutaam dari aplikasi yang tertentu
    wazy recently posted..Unic-Sekolahku

  8. avatar

    Freeware bukan sumber terbuka…sebab sumber terbuka @ perisian bebas menekankan kebebasan perisian bukan kepercumaan perisian.

    Freeware tak benarkan kod-kod asalnya dibaca, diedar diaudit dan bermacam ‘di’ le…hehe…

    Google guna sumber terbuka server pakai Linux, JavaScript, hard drive pakai format Ext4, PHP dan lain-lain.

    Twitter guna sumber terbuka gak. Nama dia Ruby On Rail.

    Facebook guna sumber terbuka gak nama dia CakePHP.

    Kerajaan? hmmm…susah nak komen. Masuk website pun suh pakai Internet Explorer. Akses emel pakai Exchange. Hm…..

  9. avatar

    Applikasi dan software banyak yang berasaskan sumber terbuka,

    Ada yang dibagi balik kepada community open source dengan meng open source kan, ada yang jadikan freeware, dan ada yang dijual.

    Banyak software engineering yang mahal-mahal sebenarnya gunakan programming language open source.
    zuls recently posted..zulseffortnet Got Pagerank!

Leave a Reply

Required fields are marked *.

*


CommentLuv badge

userping.com session tracker