Sumber Terbuka Dot Net

Kipas Susah Mati Sumber Terbuka

unity-desktop

Ada apa dengan Unity dan Wayland?

| 4 Comments

Ada apa dengan dan ?

Bagi peminat , saya beranggapan bahawa anda semua sememangnya sudah mengetahui mengenai perubahan yang bakal berlaku terhadap sistem operasi tersebut iaitu paparan antaramuka ditukar kepada Unity dan Wayland serta Compiz sebagai kompositor secara lalai.

Kenapa Unity diperkenalkan?

Unity pada mulanya sebagai antaramuka grafik untuk persekitaran GNOME yang dibangunkan oleh Canonical Ltd ( pengasas Ubuntu ) adalah untuk edisi Netbook yang mana meningkatkan efisyen ruang skrin yang kecil bagi netbook. Akhirnya, Unity dibangunkan untuk pengguna desktop dan menjadikannya pemasangan lalai kepada Ubuntu bermula dengan versi Ubuntu 11.04.

Apa pula Wayland?

Jika anda membuka laman web rasmi Wayland, ada sedikit penjelasan ringkas mengenainya:

Wayland is a protocol for a compositor to talk to its clients as well as a C library implementation of that protocol. The compositor can be a standalone display server running on kernel modesetting and evdev input devices, an X application, or a wayland client itself. The clients can be traditional applications, X servers (rootless or fullscreen) or other display servers.

Secara mudahnya, kerana terma yang diterangkan mungkin sedikit kabur (saya pula blur habes sebenarnya, hahaha..) :

Wayland ialah pelayan paparan untuk desktop Linux dan merupakan protokol yand dikongsi. Fungsi utama Wayland adalah sebagai penggabung yang mana aplikasi memaparkan grafik menggunakan penyangga tersendiri dan Wayland akan menggabungkan penyangga tersebut kedalam imej skrin.

Jadi Ubuntu tanpa GNOME atau KDE?

Sabar, bagi satu pembangunan aplikasi atau sistem, ia sememangnya memerlukan masa untuk matang. Mark Shuttleworth ada menyatakan dari blog beliau:

We’ll help GNOME and KDE with the transition, there’s no reason for them not to be there on day one either.

Pertukaran ini menyukarkan saya sebagai pengguna?

itu sendiri berdasarkan keterbukaan serta kebebasan. Ia adalah biasa bagi satu projek berasaskan untuk mengubah, menukar atau menaik taraf projek mereka. Ini juga termasuk sistem operasi Ubuntu. Perubahan inilah yang menjadikan lebih maju dan hebat. Sebagai pengguna pula, kita bakal memperoleh produk lebih canggih serta bermutu tinggi untuk digunakan.

Pengguna yang sudah biasa dengan GNOME atau KDE tidak perlu risau kerana pasti akan ada tweak untuk mengubah persekitaran desktop Ubuntu dari Unity kepada GNOME atau KDE yang bakal dihasilkan oleh mereka yang “gatal tangan” kerana inilah sumber terbuka. Atau, jika anda cukup berbakat, mungkin andalah orang yang membuat manual tersebut.

Satu lagi perkara yang agak penting untuk pengguna, kebanyakkan aplikasi, sistem masa kini menjurus kepada aplikasi web dan perkomputeran awan. Jika dilihat dari sudut ini, paparan persekitaran desktop bukanlah satu bahagian utama untuk pengguna dan sebenarnya hanyalah pelayar web seperti Firefox dan Chrome. Ramai pengguna yang melayari Facebook, Twitter, blog, perbankan internet dengan menggunakan pelayar web walaupun berbeza sistem operasi dan paparan persekitaran desktop.

Sebagai pengguna biasa, adakah anda lebih mementingkan persekitaran desktop atau pelayar web? Hahaha…..

Kredit Imej:
http://wayland.freedesktop.org/
http://www.ubuntu.com/netbook/features

Artikel Berkaitan


avatar

Author: ST

Penggemar linux dan sumber terbuka disebabkan falsafah sumber terbuka sendiri yang menekankan kebebasan. Sentiasa menjadikan PC "crash" sehingga terpaksa format semula......

4 Comments

  1. avatar

    bagi aku kde = gnome..sama je..
    dua2 ok bagi aku..tak kisah sangat..semua di tangan pengguna..

  2. avatar

    Gilaaa.. mana best… x best la unity…
    TokBomoh recently posted..Persepsi TokBomoh tentang Crocs®

  3. avatar

    x suka la unity..cam kanak2 ribena je
    Khidhir recently posted..Memahami Konsep Menambah Rakan di Facebook

Leave a Reply

Required fields are marked *.

*


CommentLuv badge

userping.com session tracker