Sumber Terbuka Dot Net

Kipas Susah Mati Sumber Terbuka

wordpress3

WordPress 3.0 telah dilancarkan

| 0 comments

Versi terbaru telahpun dilancarkan pada 17 Jun 2010. Versi ini merupakan versi perisian ke 13 yang mana mengandungi lebih dari 2,700 perubahan – termasuk 1,217 bugfixes, yang dihasilkan oleh 218 sukarelawan WordPress. Versi komuniti untuk WordPress atau lebih dikenali denga singkata WPMU juga telah diintegrasi kedalam versi utama bagi memasitkan ia mudah untuk dikemaskini dan dipasang.

Antara ciri utama WordPress terbaru ialah ia boleh membina custom post types. Selain dari setiap muka di tag sebagai post, ia boleh di ditakrifkan mengikut keperluan penulis. Jadi setiap paparan baru boleh menggambarkan sesuatu produk, dan ruangan khusus berkaitan katergori tersebut seperti model dan juga harga.

Ciri lain termasuk kebolehan mengemaskini pelbagai plugin serentak, dan juga tema asas yang baru dan rekabentuk terbaru antramuka pengguna. Pengguna baru boleh memuat turun perisian tersebut dan pengguna sedia ada boleh membuat kemas kini dari paparan admin.

Artikel Berkaitan


avatar

Author: ST

Penggemar linux dan sumber terbuka disebabkan falsafah sumber terbuka sendiri yang menekankan kebebasan. Sentiasa menjadikan PC "crash" sehingga terpaksa format semula......

Leave a Reply

Required fields are marked *.

*


CommentLuv badge

userping.com session tracker