Sumber Terbuka Dot Net

Kipas Susah Mati Sumber Terbuka

Screenshot-LibreOffice3.3

Terkini mengenai LibreOffice

| 19 Comments

Apa khabar semua?

Beberapa hari lepas 3.3 telahpun dilepaskan oleh The Document Foundation bagi menggantikan OpenOffice yang telah dimiliki oleh Oracle. Pada sesiapa yang berminat untuk muat turun perisian ini boleh layari laman rasmi mereka di http://www.libreoffice.org/.  LibreOffice 3.3 boleh dipasang pada hampir semua Sistem Operasi utama seperti Linux, Mac serta Windows.

Canonical sebagai pengeluar Ubuntu sudahpun menyatakan sokongan dan akan melepaskan Ubuntu 11.04 Natty Narwhal bersama dengan LibreOffice dan membuang OpenOffice dari aplikasi utama mereka. Pengguna Ubuntu semasa, anda boleh pasang perisian ini dengan melarikan arahan dibawah menggunakan terminal:

sudo add-apt-repository ppa:libreoffice/ppa

sudo apt-get update && sudo apt-get install libreoffice

Antara ciri utama yang amat menarik bagi LibreOffice ialah

  • Ia akan sentiasa percuma dengan lesen LGPL
  • Dibangunkan dengan model yang mana ramai pembangun serta penguji untuk menghasilkannya
  • Sekuriti yang cukup tinggi kerana kod boleh dibaca oleh sesiapa dan melihat permasalahan yang timbul. Ini pasti menenangkan minda anda sebagai pengguna.
  • Mesra pengguna dimana ia dibangunkan berasaskan input pengguna sendiri.

Selain itu LibreOffice Portable juga telahpun dilepaskan yang mana anda boleh memasangnya pada storan USB dan bawanya kemana sahaja. Tetapi buat masa ini ia hanya menyokong sistem operasi Windows sahaja.

Selamat Mencuba!

Artikel Berkaitan


avatar

Author: ST

Penggemar linux dan sumber terbuka disebabkan falsafah sumber terbuka sendiri yang menekankan kebebasan. Sentiasa menjadikan PC "crash" sehingga terpaksa format semula......

19 Comments

  1. avatar

    alamak aku baru hari ni tahu ada LibreOffice.. huhu
    etomyam recently posted..Tarikh Mencerap Anak Bulan 2011

  2. avatar

    owh window sahaja buat masa ini.. mungkin sekejap lagi.. dah boleh compatible dengan ubuntu…
    zik recently posted..Jepun Juara Piala asia 2011

  3. avatar

    Libreoffice ni interface dia macam office2007/2010 tak? Pernah terfikir gak bila openoffice nak ada update. Masalah ngan open office ni bila aku open file yang dibuat daripada microsoft office, lari sikit la semua tulisan dia. Leceh..
    Khidhir recently posted..Review Sistem Mesej dan Email Terbaru di Facebook

    • avatar

      @Khidhir, interface mmg lain dari MS Office. Format mmg lari sket, kena adjust konfigurasi dia untuk samakan dengan MS Office. Satu lagi yg buat format lari sebab font MS Office takde dlm LibreOffice.

      • avatar

        @Khidhir & @admin, masalah konfigurasi memang masalah besar yang menyekat orang daripada menggunakan libreoffice ataupun openoffice ataupun mana-mana aplikasi office suite yang lain selain daripada Microsoft Office.

        Dan kalau libreOffice mampu mengatasi masalah ini memang LibreOffice boleh diterima sebagai pengganti utama Microsoft Office. Soal UI memang LibreOffice komuniti ada beberapa cadangan yang dilakukan secara mockup kini dan mungkin akan di nyatakan dalam bentuk sebenar tidak lama lagi.

        Ribbon UI dan beberapa lagi cadangan telah dicadangkan yang kalau dulu OpenOffice memang kita memang susah nak jadikan sebagai kenyataan dan kini aku rasa LibreOffice mampu jadikan perkara ini kenyataan.

        dari komuniti untuk komuniti.

  4. avatar

    rasa dihati memang nak cuba libre office ni.. tapi entah bila agaknya. Walau bagaimanapun terima kasih di atas info ni.
    admin recently posted..SEO Sudah Optimum- Tetapi Tiada Kesan Dalam SERP- Kenapa

  5. avatar

    laptop kt umah mmg ada icon ni huu.. dah jarang guna excel..p.point sb ada laptop sllu update blog kt umh jer..

    p/s:masa study sebut buat qurey laju jer..skr alamatnya terkial2 nak buat huuu

  6. avatar

    semkin ada sumebr yg baru smkin lama di lupai sumber yg lama.

    p/s:jumpa di bwh link ya..
    suri recently posted..Edisi Awal Bulan Yang Suram Tapi Bukan Datang Bulan

  7. avatar

    LibreOffice 3.3 dengan OpenOffice 3.3, kebetulan ke?
    RozaniGhani recently posted..Cara Kasi Widget Title 2010 Ada Style

  8. avatar

    mana lagi best, libreoffice atau open office?

  9. avatar

    salam…

    bagi saya antara openoffice ngan libreoffice….buat masa ni ok lagi openoffice berbanding libreoffice…sebab banyak fail ms office yang openoffice boleh baca dan format pun tak lari…memula memang pakai openoffice…lepas libreoffice kuar try tukar…hancus..lari habis…apapun harap libreoffice akan buat yg berbaek…

    ini hanya pendapat dan pengalaman saya sahaja….hehehe

Leave a Reply

Required fields are marked *.

*


CommentLuv badge

userping.com session tracker