Beberapa hari lepas, persekitaran desktop XFCE 4.8 telahpun dilepaskan.
Beberapa fungsi utama dalam Xfce 4.8 yang telah dikemaskini ialah salah satunya merupakan carian fail Thunar. Ia sekarang mempunyai pilihan untuk menyokong GVFS yang mana anda boleh melayari perkongsian fail menggunakan Thunar seperti FTP, Windows Shares, WebDAV dan juga pelayan SSH.
Dalam Xfce 4.8, panelnya telah ditulis semula sepenuhnya yang membawa beberapa perubahan drastik. Ia meningkatkan kebolehan untuk saiz semula dan tempat letak, yang mana boleh diangkat dan diletak kembali dengan mudah. Latar belakang panel juga boleh menjadi telus seperti ala Aero. Panel item editor juga membolehkan anda mengubah, meletak alatan dengan cepat. Ini memudahkan anda untuk mengubah paparan mengikut citarasa.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh layari maklumat terkini yang terdapat di http://xfce.org/about/tour atau jika mahu mencuba Xfce 4.8, anda boleh muat turun apliksi tersebut di http://www.xfce.org/download
Memasang pada Ubuntu 10.10 (Xubuntu)
Seperti biasa, apa yang perlu dilakukan ialah melarikan arahan dibawah ini pada terminal anda
sudo add-apt-repository ppa:koshi/xfce-4.8
sudo apt-get update && sudo apt-get install xfce4
Selamat mencuba!
Kredit gambar: http://www.xfce.org/


