Sumber Terbuka Dot Net

Kipas Susah Mati Sumber Terbuka

Gnomelogo

Pelancaran GNOME 3.0 ditangguhkan

| 8 Comments

Pelancaran 3.0 yang dijadualkan sekitar September tahun ini telah ditangguhkan kepada Mac 2011 disebabkan isu kualiti dalam pengekodan.

Pengumuman ini telah dibuat di GUADEC (GNOME users’ and developers’ European conference) yang sedang berlangsung pada 26 hingga 30 Julai di Hague, Netherlands. Walau bagaimanapun, GNOME 2.32 bakal dilancarkan pada September ini bersama GNOME 3 versi beta. GNOME 2.32 akan mempunyai penambahbaikan prestasi dan pepijat serta rekaan baru bagi pusat kawalan. Masa tambahan ini akan digunakan untuk membaiki sokongan aksesibiliti, GNOME Shell, dan dokumentasi untuk GNOME 3.0.

Buat peminat yang sememangnya menanti GNOME 3.0, anda semua terpaksalah menunggu sedikit masa lagi untuk mencuba baru ini. Berita yang agak mengecewakan tetapi syabas kepada komuniti pembangun GNOME yang telah berusaha untuk menghasilkan perisian desktop yang lebih bagus dan menarik.

Artikel Berkaitan


avatar

Author: ST

Penggemar linux dan sumber terbuka disebabkan falsafah sumber terbuka sendiri yang menekankan kebebasan. Sentiasa menjadikan PC "crash" sehingga terpaksa format semula......

8 Comments

  1. avatar

    nanti bila sudah guna linux kena refer balik kat sini ni :D
    etomyam recently posted..Testing liveblog dgn gunakan hp buruk

  2. avatar

    tak pe. tak de masalah. gnome 2 pun aku dah selesa :p
    TMUkmkd recently posted..Pasang Eclipse Helios Dalam Ubuntu 1004

  3. avatar

    huh. linux2. bila aku nk guna ek. hee. btw logo gnome ni smart kowt. suka logo tapak kaki. rulez :P
    acapz recently posted..Kemaskini WordPress Anda Ke Versi 301

  4. avatar

    dah cuba linuxmint 9?
    cita la skit

Leave a Reply

Required fields are marked *.

*


CommentLuv badge

userping.com session tracker