Ok, rasanya memang ramai pengguna dan peminta pelayar web Firefox.. (atau mungkin gua perasan sensorang.. huhu). Firefox 5.0 telahpun dilepaskan untuk anda semua.
Versi terkini Firefox menyokong aminasi CSS yang mana meningkatkan kebolehan pelayar web dan versi ni juga dibangunkan untuk menyokong rekabentuk 32bit dan 64bit, bermakna ia mampu dilancarkan pada semua distro Linux. Dengan terhasilnya Firefox 5.0, rekaan versi sebelum ini iaitu Firefox 4.0 tidak akan dikemaskini kerana digantikan secara menyeluruh dengan versi terbaru. Malah pembangunan versi seterusnya seperti Firefox 6.0 dan Firefox 7.0 juga bakal menggunakan rekabentuk Firefox 5.0.
Kebanyakkan kemaskinian terbaru lebih kepada meningkatkan prestasi Firefox dan kemasan kod.
Jadi, bagi pengguna Ubuntu, anda bakal menerima kemaskinian Firefox 5.0 tidak lama lagi tetapi jika anda sudah tidak sabar untuk mencubanya, anda hanya perlu menambah PPA dalan repositori Ubuntu. Hanya larikan arahan dibawah ini pada terminal anda
$ sudo add-apt-repository ppa:mozillateam/firefox-next
$ sudo apt-get update
$ sudo apt-get upgrade
Selamat Mencuba!

