Apa khabar semua?
Sebelum ini kita (pengguna Skype sahaja sebenarnya) telah dikejutkan dengan pengumuman bahawa Skype telahpun dibeli oleh syarikat perisian gergasi iaitu Microsoft dengan harga USD 8 billion. Bagi pengguna Linux pula, sokongan Skype terhadap sistem operasi Linux agak ketinggalan dan bukan semua distro dapat menggunakannya.
Namun, jika anda ingin mengubah selera dan ingin menggunakan aplikasi yang hamipr sama fungsinya seperti Skype dalam Linux, ada beberapa perisian yang boleh membantu.
1) Ekiga
Nam Ekiga adalah dari penjenamaan semula perisian GnomeMeeting yang tersedia dalam aplikasi desktop Gnome. Versi terkini Ekiga ialah 3.2 yang mana menunjukkan bahawa perisian ini sememangnya sudah lama bertapak dan cukup stabil. Satu ciri terkini yang menarik ialah ia menyokong format HD bagi suara dan video di mana boleh mencapai saiz serta kualiti DVD. Ekiga juga tersedia untuk pengguna Windows yang ingin mencubanya. Anda boleh layari laman web rasmi mereka DISINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan muat turun perisian tersebut. (Sumber imej dari laman rasmi Ekiga)
2) Empathy
Empaty merupakan satu program menghantar mesej internet yang juga dilengkapi dengan suara serta video. Ia juga menyokong pelbagai protokol perbualan internet. Empathy juga menjadi salah satu aplikasi lalai dalam Gnome dan juga Ubuntu terkini.
Selamat mencuba!


May 16, 2011 at 11:46 am
skype pun saya belum cuba..
kalau yang ini mungkin jauh lagi la kot..
naimulfirdaus recently posted..punca hilang semangat
June 8, 2011 at 12:43 am
Apa dia Skype telah dibeli oleh Microsoft?
akubiomed recently posted..Dj Baby Aslah in d house let’s play music
June 8, 2011 at 9:39 am
@akubiomed, yup… mmg ura2 tu dah lama dah bro. skang jer deal tu jadi.
November 4, 2011 at 11:28 am
Senarai Plugin bagi Skype yang berguna/memudahkan proses dalam bidang pendidikan