Apa khabar pembaca semua?

Setelah lebih 6 bulan barulah blog ini dapat dikemaskini. Keinginan untuk meneruskan kesinambungan blog ini masih berkobar-kobar tetapi semakin lama tidak menulis didalam blog ini, bertambah sukar untuk menghasilkan sebarang entri dan kurangnya idea yang agak bernas untuk kemaskinian. Untuk menulis entri ini pun, terpaksa memaksa diri agar blog yang terhasil ini tidak dikategorikan sebagai “hidup segan, mati dot dot dot”. Pengunjung pula bertambah kurang akibaat dari carian internet terlalu jauh terkebelakang.

Saya sendiri sudah sangat kurang mendapat pendedahan mengenai berita berkaitan sumber terbuka yang terkini mungkin disebabkan banyak perkara berkaitan diri sendiri yang perlu didahulukan. Saya sendiri merasakan arah tujuan blog Sumber Terbuka Dot Net ini semakin kabur akibat dari tiada kemaskinian yang sepatutnya. Walaupun begitu, saya masih merasakan bahawa amat perlu untuk saya memastikan blog ini dapat terus tersedia selagi saya ada kemampuan untuk mendapatkan kos langganan kepada pengendali hosting dan juga nama domain. Ini kerana amat perlu bagi saya membuat sumbangan kepada dunia sumber terbuka walaupun sedikit terutamanya blog sumber terbuka yang berbahasa malaysia.

Seperti mana biasa, sesiapa yang ingin berkongsi atau bertanya permasalahan dan sebagainya, blog ini juga tersedia BuddyPress yang juga boleh dijadikan ruangan perbincangan kepada semua. Tidak semua masalah berkaitan perisian sumber terbuka dapat saya selesaikan tetapi dengan perbincangan mungkin kita dapat berkongsi idea dan langkah yang perlu untuk mendapatkan analisis terbaik untuk persoalan tersebut.

Jadi, dengan entri hari ini, saya berharap agar diri saya tidaklah begitu malas untuk membuat kemaskinian pada masa akan datang dan mampu menarik lebih ramai pengunjung kelak agar blog ini tidak menjadi “dull” sepertimana sekarang. harap-harapnya lah kan….