opensource_logo

Apa itu Sumber Terbuka ?

Sumber terbuka merujuk kepada beberapa prinsip dan amalan tertentu yang menggalakkan akses kepada reka bentuk dan proses pengeluaran barangan. Istilah ini biasanya digunakan pada kod sumber bagi sesebuah perisian yang boleh dilihat dan diubah secara bebas oleh orang ramai tanpa sebarang sekatan undang-undang harta intelek. Amalan ini membolehkan pengguna membangunkan perisian tersebut melalui sumbangan individu ataupun kerjasama orang ramai.

Sumber terbuka tidak sahaja bermaksud akses kepada kod sumber. Terma pengedaran bagi perisian sumber terbuka harus menepati kriteria-kriteria berikut:

1. Pengedaran Semula Bebas

Lesen tersebut tidak menghadkan mana-mana pihak dari menjual atau memberi perisian sebagai komponen daripada satu edaran perisian lengkap yang mengandungi aturcara dari pelbagai sumber. Lesen ini tidak memerlukan sebarang royalti atau lain-lain bayaran bagi penjualan tertentu.

2. Kod Sumber

Aturcara tersebut perlu mengandungi kod sumber, dan membolehkan pengedaran kod sumber serta pengedaran dalam bentuk kompil. Dimana sesetengah bentuk produk tidak diedarkan bersama kod sumber, harus terdapat satu cara yang diketahui ramai bagi mendapatkan kod sumber pada kos reproduksi berpatutan atau boleh dimuat turunkan melalui Internet tanpa sebarang bayaran. Kod sumber haruslah menjadi bentuk utama seorang pengaturcara membuat pindaan terhadap sesuatu aturcara. Kod sumber yang sengaja mengelirukan tidak dibenarkan. Bentuk pertengahan seperti output prapemproses atau penterjemah tidak dibenarkan.

3. Kerja Bersumber

Lesen tersebut harus membenarkan modifikasi serta kerja bersumber dan perlu membenarkan ia diedarkan dibawah terma yang sama dengan lesen perisian asal.

4. Keutuhan Kod Pencipta Kod Sumber

Lesen tersebut boleh menghadkan kod sumber daripada diedarkan dalam bentuk berpinda hanya jika lesen tersebut membenarkan pengedaran fail tampung bersama kod sumber dengan tujuan meminda aturcara tersebut pada masa pembuatan. Lesen tersebut perlu secara jelas membenarkan edaran perisian yang dibangunkan dari kod sumber yang telah dipinda. Lesen tersebut boleh menghendaki kerja bersumber menggunakan nama yang lain atau nombor versi yang lain daripada perisian asal.

5. Tiada Diskriminisasi Terhadap Seseorang Atau Kumpulan

Lesen tersebut tidak boleh mendiskriminisasi terhadap seseorang atau sekumpulan orang.

6. Tiada Diskriminasi Terhadap Usaha Bidang Lain

Lesen tersebut tidak boleh menghalang sesiapa lain daripada mengguna-semula aturcara tersebut bagi sebarang usaha dalam bidang lain.

Sebagai contoh, lesen tersebut tidak boleh melarang sesiapa daripada menggunakan aturcara dalam bidang perniagaan ataupun digunakan dalam kajian genetik.

7. Pengedaran Lesen

Hak yang dikaitkan dengan aturcara harus bersabitkepada sesiapa yang mengedar semula aturcara tersebut tanpa perlu dikeluarkan lesen tambahan.

8. Lesen Tidak Boleh Khusus Kepada Satu Produk

Hak yang dikaitkan dengan aturcara tidak bolehbergantung kepada aturcara tersebut sebagai sebahagian daripada distribusi perisian tertentu.

Jika aturcara ini diekstrak daripada distribusi tersebut atau digunakan atau diedarkan dibawahterma lesen aturcara tersebut, semua pihak yang mana aturcara itu telah diedarkan harus mempunyai hak yang sama dengan mereka yang mendapat hakbersamaan edaran aturcara asal.

9. Lesen Tidak Boleh Menghadkan Perisian Yang Lain

Lesen tersebut tidak boleh meletakkan larangan kepada perisian lain yang diedarkan bersama perisian asal. Sebagai contoh, lesen tersebut tidak boleh menghadkan bahawa aturcara yang lain diedarkan diatas medium sama harus juga perisian sumber terbuka.

sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Perisian_bebas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>